Jumaat, 28 Januari 2011

Pokok Melaka

Pokok Melaka (bahasa Inggeris: Indian gooseberry; nama botani: Phyllanthus Emblica) ialah sejenis pokok daun luruh daripada famili Phyllanthaceae. Pokok ini yang terdapat di Malaysia dan India terkenal untuk buahnya yang boleh dimakan. Nama umum untuk pokok ini termasuk:
• bahasa Sanskrit: amalaka
• bahasa Hindi: amla
• bahasa Tamil: nelli
Ahli sejarah bersetuju bahawa negeri Melaka memperoleh namanya daripada nama pokok melaka. Ini berasas daripada tabiat penduduk tempatan pada masa itu yang suka menamakan tempat mengikuti nama pokok ataupun tumbuhan. Banyak pokok melaka pada masa itu tumbuh di tebing Sungai Air Lereh.
Pokok melaka ialah sejenis pokok yang kecil hingga sederhana, dan mencapai ketinggian antara 8 hingga 18 meter. Batangnya bengkok, dan dahan-dahannya terbuka luas. Bentuk daunnya mudah sahaja dengan tangkai yang pendek, dan bunganya berwarna kuning hijau.
Buah melaka berwarna hijau kuning muda, berbentuk hampir bulat dengan enam jalur tegak, dan masak pada musim luruh. Rasanya pahit dan masam. Oleh sebab buah ini lebih berserabut berbanding buah yang lain. Buah ini bolih dimakan dengan garam,. Buahnya dikatakan mengandungi vitamin C .Selain di buat jeruk.Patinya juga digunakan untuk dakwat, pewarna, syampu dan minyak rambut..
Dalam agama Hindu, pokok melaka dianggap sebagai sejenis pokok suci yang disembah sebagai Ibu Bumi di India.

Kesidang atau canangrium scortechini

Tahukah anda bunga kesidang merupakan benga kebangsaan negeri Melaka.




Kesidang atau canangrium scortechinii merupakan sejenis tumbuhan kecil istimewa. Batangnya kecil tapi keras dan dahannya mengembang atas junjung yang dibina. Seluruh pokok ini mengandungi getah, daunnya hijau mirip daun sirih, rimbunannya memberi naungan kepada pokok lain yang berdekatan.
Bentuknya dan sifatnya yang lembut menjadikan Kesidang hiasan di tempat yang terhormat. Masyarakat tradisi Melaka menjadikan Kesidang dandanan rambut wanita, hiasan pengantin dan alatan upacara adat seperti tepak sirih dan bunga rampai. Kesidang melambangkan kesederhanaan dan peribadi masyarakat yang ramah dan sopan santun.