Jumaat, 28 Januari 2011

Kesidang atau canangrium scortechini

Tahukah anda bunga kesidang merupakan benga kebangsaan negeri Melaka.




Kesidang atau canangrium scortechinii merupakan sejenis tumbuhan kecil istimewa. Batangnya kecil tapi keras dan dahannya mengembang atas junjung yang dibina. Seluruh pokok ini mengandungi getah, daunnya hijau mirip daun sirih, rimbunannya memberi naungan kepada pokok lain yang berdekatan.
Bentuknya dan sifatnya yang lembut menjadikan Kesidang hiasan di tempat yang terhormat. Masyarakat tradisi Melaka menjadikan Kesidang dandanan rambut wanita, hiasan pengantin dan alatan upacara adat seperti tepak sirih dan bunga rampai. Kesidang melambangkan kesederhanaan dan peribadi masyarakat yang ramah dan sopan santun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan